|
10:18 PM
|
By Encik Zul
Tapi sebenar nye, macam-macam orang ade kat sekolah ni..Semua menyembunyikan identiti rahsia masing-masing.
Mamat bermata sepeng ni dulu pelajar TEPCES.. tapi dalam SPM baru-baruni, die tak dapat A+ dalam subjek add math. Padahal die rajin wat latihan. Soalan
simultaneous equation tu bagi die cam makan kacang je.. kesian die kan??
Setelah aduan yang die buat kat JPN tak dilayan, die datangmengamuk kat TEPCES.. memang die tengah geram giler la tuh..
Tapi takde sorang cikgu pon yang tampil mengaku pernah mengajar die add math.Dorang sume sibuk dengan program 'Sehati Berdansa Versi Guru' yang diadakan.
Berang dengan tindakan guru-guru tu semua, mamat tu panggilgeng-geng die dari planet lain. Kira memang nampak ganas
r geng die sume nih.
Hajat dihati nak gertak je.. tapi geng-geng die wat hal. Abis bangunansekolah dirosakkan diorang. Mamat tadi tu terus cabut sebab takut kena
rotan ngan Puan Hajah Rabiah. Hampeh betul die tu kan??
Bile tengok je geng mamat tuh, sume budak jadi panik.Pakat lari dari kelas belake.. mentang-mentang la tu masa bio.
Dalam kelam-kabut tuh.. ada jugak yang cuba nak larikanharta sekolah. Jangan salah faham.. rumah die takde meja.
Tu yang die nak ngat meja tuh.. nak wat study malam-malam..
Tapi, cikgu tak bagi balik sebab masa sekolah belum habis lagi.Budak-budak semua tertekan dan memberontak.. ada raksasa
serang sekolah pon tak boleh balik ke??
Tapi cikgu sume rileks je mengajar cam bukan rumah die yang terbakar.Caya lah cikgu!!!! cikgu macam ni yang kite nak!!
Takde pilihan.. sesuatu harus segera dilakukan ke atas geng-gengmamat tu atau TEPCES akan lenyap dari peta.
Semua pelajar tanpa mengira name kelas, ranking akademik, mahu pontingkatan bekerjasame membelasah geng-geng mamat tadi. Semua nye dilakukan
demi TEPCES. Yeah!!!
Dipendekkan cerita, geng-geng mamat tadi semua nye matilepas kena fire sorang-sorang dengan student TEPCES..
Keamanan kembali dan bangunan yang rosak sume nyedibaiki atas ihsan PIBG sekolah.. JPN tak tolong pon :(
Murid-murid gembira kerana gangguan dah tak adadi TEPCES. Boleh la diorang study dengan aman lepas ni.
moral : Dont mess with TEPCES.
11:56 PM
|
By Encik Zul
Hop..hop.. dah agak lame rupa nye aku kerja kat pizza hut. Campur taun lepas, boleh kire 2 bulan dah la. Apa? 2 bulan tu tak lame? Kepale hotak hang!! Lame siot tuh!! Janggut aku pon dah 2 kali tumbuh semula lepas tiap-tiap bulan cukur.

Then Ushriey dan Hazim sampai, ingat kan nak pergi sekali, rupa nye diorang singgah kejap je pastu terus ke destinasi. Aku, Daus, Shabila, tambah lagi sorang, Nieda, naik sekereta pergi Kuantan. Oh ya, Shabila ni name je pompuan tapi bila memandu, kalah pelesit. Sir Fairuz nak kitorang sampai sana pukul 9 dan kitorang tiba on time gara-gara minah ni.
Gile laju.
Breakfast same-same makan nasi lemak. Nieda bayarkan. Haha!!

Jalan-jalan dengan uniform pizza tersarung di badan.. dah la berkumpulan. Aku rasa orang yang lalu-lalang mesti pikir kitorang tengah ponteng kerja beramai-ramai. Bagus.. sesuatu yang jarang untuk dilakukan. Dah perut lapar, pegi la makan kat Noodles Station. Check wallet, ade RM5 sahaja. Mampos.. selamba kan muka, lantangkan suara.
Mujur la minah tu baik jer dan tak berkira. Dihulurnye aku dua keping not merah. Anak tokey chalet, mesti la banyak duit macam bapak die jugak kan?? Haha!! Selamat la kejap aku. Lepas tu dah takde mende nak dibuat, balik rumah la. Shabila tinggal kan aku dan Pidaus kat Cherating tu je. Die ada hal, tak leh nak tolong hantar ke Chukai. Takpe, aku paham. Die tolong tumpangkan tu pon dah rezeki tuh. Lepas tu aku buat gaya macam power rangers nak panggil robot diorang dan tepon abang aku mintak die datang ambik. Pidaus pulak diambik oleh Mat Duan.
Maka dengan itu berakhir sudah cerita pada hari itu. Agak banyak pengalaman menarik dikumpul bersama budak-budak tersebut.
p/s: Kesemua staff pizza hut kemaman yang pergi ni (aku, Pidaus, Hazim, Ushriey, Nieda, Billa), berumur 18 tahun dan baru je habis SPM.
Kali ni kerja nampak cam kena serius sikit la.. kalu cam dulu tu manager tau yang aku dah nak blah bile abis cuti sekolah, so die wat derk je la.. tp mentang-mentang la kali ni die tau yang aku tak kan blah at least sebelum dapat result SPM, macam-macam aku disuruh nye. Siap jemput aku ke parti liar lagi. Aku join je.. tak pe la.. dah 18 tahun dah.. bukan bawah umur lagi yek. haha!! tapi parti tu tak la seliar yang disangka. Actually cume hangout beramai-ramai di tepi pantai pada waktu sume orang tengah tido sambil makan ayam je. Best.. best.. hahahahaha!!
Disebabkan aku ni kerja bahagian service (amik order, antar makanan, cuci pinggan, wat air), manager hensem aku yang lebih mesra dikenali sebagai sir boing-boing atau sir Fairuz telah menitahkan agar aku dan sume staff bahagian service untuk pergi menghadiri 'basic food handling course' di pizza hut Kuantan Parade. Jangan bimbang, duit minyak boleh claim punye :)
Maka bermula la pengembaraan Hang Zul dan beberapa orang Hang lagi untuk ke Kuantan Parade pada pagi 18 Januari 2010. Banyak kisah yang berlaku pada hari tersebut. Hehe..
Pagi tu, aku terbangun lambat, pukul 6.20 pagi. Malam sebelum nye, Pidaus dah tepon, cakap..
Disebabkan aku ni kerja bahagian service (amik order, antar makanan, cuci pinggan, wat air), manager hensem aku yang lebih mesra dikenali sebagai sir boing-boing atau sir Fairuz telah menitahkan agar aku dan sume staff bahagian service untuk pergi menghadiri 'basic food handling course' di pizza hut Kuantan Parade. Jangan bimbang, duit minyak boleh claim punye :)Maka bermula la pengembaraan Hang Zul dan beberapa orang Hang lagi untuk ke Kuantan Parade pada pagi 18 Januari 2010. Banyak kisah yang berlaku pada hari tersebut. Hehe..
Pagi tu, aku terbangun lambat, pukul 6.20 pagi. Malam sebelum nye, Pidaus dah tepon, cakap..
"Mu kena potostat salinan ic dua keping pastu isi borang. Borang ade kat rumoh aku, mari la rumoh aku malam ni. Esok aku datang pukul 7 ambik mu!"
Tapi entah la kenape, aku wat derk je. Tak potostat pon mende alah tu. Siap boleh pergi lepak kat rumah member lagi. Haha! Bile dah bangun lambat tu, maka kelam-kabut la segala-gala nye. Sekejap nak mandi, sekejap nak gosok gigi, sekejap nak itu, sekejap nak ini. Baju pon iron gitu-gitu je. Nampak sangat aku ni memang last-minute orang nye. Haha!! Bukan aku je, korang pon same kan? Eleh.. macam la aku tak tau. Pukul 6.50, aku dah settle pakai baju, kemas diri.
Tepon Daus, tet.. tet.. tet.. hampeh betul beliau apabila beliau mengatakan yang beliau baru je nak bersiap. Cis, tengok jam, sempat kot kalu aku potostat ic kat kedai 24 jam? Cepat-cepat aku ambik kunci moto, merempit ke.. silap. Memecut ke kedai 24 jam tersebut. On the way tu aku lalu kt TEPCES.. jam macam biase. Busy tak sudah. Jealous do tengok budak-budak sekolah kepit buku galas beg jalan-jalan kat situ. Terkenang nostalgia waktu aku.. isyh, takde mase. Dah nak pukul 7, aku kena cepat!!
Setelah berjaya mempotostet ic, aku cepat-cepat balik rumah. Sampai je kat rumah, tengok-tengok Pidaus dan auntie Jamilah dan duduk terpacak menunggu aku. Bile aku tengok jam, dah pukul 7.20. Aik?? aku rasa sekejap je. Ingat kan boleh la sampai rumah sebelum 7.15. Lame beno aku pergi potostet ek.. dipendekkan cerita, auntie Jamilah yang hantar aku ngan Pidaus ke Cherating, kat rumah Shabila. Shabila ni dah ade lesen kereta (padahal umur die same je ngan aku. Ni yang wat aku jealous ni!) so kitorang ingat nak tumpang die je. Senang pergi, senang balik. Kalu dah name pon pompuan, mesti la berjam-jam ambik masa untuk mekup kan?? Aku round-round kat chalet family si Shabila ni kejap sementara menunggu, hilang kan bosan.

Then Ushriey dan Hazim sampai, ingat kan nak pergi sekali, rupa nye diorang singgah kejap je pastu terus ke destinasi. Aku, Daus, Shabila, tambah lagi sorang, Nieda, naik sekereta pergi Kuantan. Oh ya, Shabila ni name je pompuan tapi bila memandu, kalah pelesit. Sir Fairuz nak kitorang sampai sana pukul 9 dan kitorang tiba on time gara-gara minah ni.Gile laju.

Bila dah tiba kat Kuantan Parade, tempat tu pon belum bukak. Dah tu camne pulak Sir boleh suruh datang pukul 9?? Cerita sebenar terbongkar tak lama kemudian. Sir saje je suruh datang awal, supaya kitorang tak lewat nanti. Waktu sebenar start food course ni pukul 10. Hampeh r lu sir.. eksyen je lebih.. nak tercabut jantung aku naik kereta dengan Shabila ni. Binawe betul..
Breakfast same-same makan nasi lemak. Nieda bayarkan. Haha!!

Sepanjang course tu diadakan, aku cuma nganga mulut dan dengar je apa yang Sir Am (fasilitator kot) tu bagi lecturing. Memang ada suasana macam kat U lah.. hehe.. peserta course ni akan dapat sijil nanti dan sijil ni diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Senang la aku nak apply kat restoran hotel nanti (macam la nak). Best woo dengar apa yang die bagitau. Banyak aku dapat input-input berguna. Course habis jam 5 petang. Kitorang tak terus balik rumah, singgah East Coast Mall dulu..

Jalan-jalan dengan uniform pizza tersarung di badan.. dah la berkumpulan. Aku rasa orang yang lalu-lalang mesti pikir kitorang tengah ponteng kerja beramai-ramai. Bagus.. sesuatu yang jarang untuk dilakukan. Dah perut lapar, pegi la makan kat Noodles Station. Check wallet, ade RM5 sahaja. Mampos.. selamba kan muka, lantangkan suara."Billa, pinjam dulu doploh ringgit. Dapat gaji minggu depan aku bayo."
(ayat ni buat aku rasa macam dah besar dan dewasa)
Mujur la minah tu baik jer dan tak berkira. Dihulurnye aku dua keping not merah. Anak tokey chalet, mesti la banyak duit macam bapak die jugak kan?? Haha!! Selamat la kejap aku. Lepas tu dah takde mende nak dibuat, balik rumah la. Shabila tinggal kan aku dan Pidaus kat Cherating tu je. Die ada hal, tak leh nak tolong hantar ke Chukai. Takpe, aku paham. Die tolong tumpangkan tu pon dah rezeki tuh. Lepas tu aku buat gaya macam power rangers nak panggil robot diorang dan tepon abang aku mintak die datang ambik. Pidaus pulak diambik oleh Mat Duan.Maka dengan itu berakhir sudah cerita pada hari itu. Agak banyak pengalaman menarik dikumpul bersama budak-budak tersebut.
p/s: Kesemua staff pizza hut kemaman yang pergi ni (aku, Pidaus, Hazim, Ushriey, Nieda, Billa), berumur 18 tahun dan baru je habis SPM.
12:05 AM
|
By Encik Zul

Tadi abang aku cakap kat aku, die dah ade kereta baru so moto legend hijau die tuh die nak tinggal kat rumah. Aku cool dan tenang je waktu die cakap tuh.. tapi dalam hati aku melompat-lompat riang sambil jerit kuat-kuat;
YEEEAAAAAAZZZZZZZAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Actually aku baru je cadang nak beli moto dengan duit sendiri (salah satu usaha untuk kurang bergantung kepada orang lain terutamanya parents) tapi kalu moto tu duduk kat rumah je.. memang konfem la aku yang akan jadi tukang panaskan enjin atau secare otometik nye 'tuan tak sah' kepada moto terbabit. Huh.. boleh save duit gaji sikit. Nak tunggu aku dapat lesen L (ambik test dengan duit sendiri, bukan mak bapak hulur tau) dulu sebelum pergi merempit dengan beliau. Dah tak lama dah, weeeeee!!!

Jadi dah tak perlu la aku kerja kat pizza untuk kumpul duit lagi dah. Nanti aku nak tukar kerja tempat lain pulak la. Minda tak kan berkembang kalau kita stay kat satu perkara atau tempat je. Macam bagus je falsafah tu kan?? Ok, ok.. nanti aku pergi tempat lain. Mungkin aku boleh try kerja kat kedai handphone atau komputer pulak nanti.. pengalaman kerja di kedai makan dah ada, cari pengalaman kat tempat lain pulak. Agak-agak sesuai tak kalu aku jadi kan mengumpul pengalaman sebagai hobi baru aku? Hehe.

Azam 2010 : Jangan bergantung pada mak bapak untuk beli apa-apa even makan dan topup.
12:56 AM
|
By Encik Zul
Dah lame aku tak update blog ni. Rindu pulak rase. Haha! Korang pon mesti dah tak nak peduli blog aku ni sebab tiap-tiap kali bukak je mesti takde entri baru. Betul tak? Takpe, tak kisah pon. Boleh la aku tulis 'nasty things' sikit kalu dah tak ramai yang jenguk blog ni.
Ada orang wat blog ni sebagai diari. Ada juga yang wat sebagai reviewer, maki hamun orang, atau berpolitik. Tapi aku.. aku tulis je ape yang aku rase nak tulis. Pandai-pandai korang la nak label sebagai apa pon. Aku peduli apa. Blog aku, aku la yang punya. Err.. macam kurang ajar la pulak. Sori ye kepada sesape yang terase. Hehe.
Dah terlambat nak ucap selamat tahun baru tapi aku ucap jugak. Selamat tahun baru kepada semua!!! Semoga awek (kepada lelaki dan pengkid sahaja) dan duit korang akan sentiasa maintain. Amin.. Tahun ni adalah first year aku hidup di atas muka bumi ni dengan tidak lagi bergelar sebagai budak sekolah atau pon secare omputih nye disebut underage teen. Ye la.. aku tau la besday aku belum sampai lagi tapi undang-undang nye aku dah 18 tahun tau. Dah boleh hisap rokok di khalayak tanpa was-was lagi.

Habis je SPM ni baru la aku boleh tengok schoolmates aku jadi orang sebenar. Kalau tak, kat sekolah sorang-sorang nampak innocent dan suci je. Pijak semut pon tak mati. Sekarang, yang alim bersopan-santun dulu nye pon dah boleh pakai jeans ketat-ketat dah. Kalu aku tegur kang.. cakap aku skema sangat pulak. Lantak korang la.. apa aku peduli korang nak dressing cemane pon. Bukan nye korang ambik duit aku kan? kan?

Aku sekarang kerja part time kat Pizza Hut Malaysia berhad. Walau pun secare hitam putih nye part time, agak full time la aku kerja. Modus operandi aku sehari-hari adalah; bangun tidur, pegi kerja, balik rumah, makan, online, dan tido. Toksah diingatkan la bab solat tuh. Iman aku tak la nipis sangat lagi sampai tak menegakkan tiang agama tuh. Suasana di pizza tahun ni totally differ than tahun lepas. Orang baru, sistem baru, manager baru, dan baru-baru ni, menu pon baru jugak. Kalau tanya Aisyah, die faham la. Die ngan boo die adalah orang yang mula-mula sekali yang aku kenal yang pergi tengok menu baru tuh. Apa yang boleh aku cakap.. seafood marinara memang best tahap cipan wa cakap lu. Rugi tak try. Cepat ke pizza hut~~!!!

Lagi satu, yang menjadi kegilaan masa kini; facebook-ing. Hampir semua orang dah ada akaun facebook ek. Dah tu majoriti guna nama betul pulak.. lagi la *tak tau perkataan yang seswai* jadi nye. Siap cikgu-cikgu pon ade akaun facebook. Sumpah lawak.. bagi aku la. Tapi best jugak facebook ni ek walau pon aku sebenar nye bukak facebook hari-hari hanya untuk main farmville. Siapa-siapa yang main jugak tuh.. rajin-rajin la fertilize crops aku dan bagi hadiah ye. Hahaha!!
Betul kate orang. No woman no cry. Tapi ni version aku, no money no makan. Yeah!!!

My god, terkejut giler bila aku baca paper hari ni. Tak sangka langsung yang kita boleh kalah dalam usaha mempertahankan kalimah Allah daripada diguna oleh pihak gereja. Nak-nak pula kat Malaysia, negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi. Aku tak berapa faham tentang agama kristian dan kenapa pihak mereka nak sangat tukar nama 'lord' tu jadi 'Allah'. Yang aku tak tahan nya, kata-kata hakim Lau Bee Lan, tu; "pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana menggunakan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam". MasyaAllah.. tak ke golongan muda-mudi boleh terkeliru nanti? Apa pon, aku berasa sangat tidak senang dengan keputusan ni dan harap kes boleh dipanjangkan lagi sehingga la keputusan tersebut dibatalkan.
1:16 AM
|
By Encik Zul
Kita mungkin biasa dengar tentang band-band indie tanah air. Kebiasaannya band-band demikian hanya aktif secara underground dan tidak terlalu famous walau pun ada sesetengah mereka yang berjaya menempa nama dan menyedarkan orang ramai tentang kewujudan mereka. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi hal tentang filem-filem indie ni pulak baru lagi sampai ke telinga aku. Jadi, agak terkejut jugak la sebab tak sangka di Malaysia pon ada aktivis filem. Berdasarkan apa yang dibaca, filem-filem indie selalunya memperjuangkan idea-idea tertentu atau lebih berhaluan kiri dan ada jugak filem indie yang bersikap 'jujur' dalam mengetengahkan sesuatu isu. Atas sebab tu la filem-filem berkenaan tak kan dapat ditayangkan di pawagam untuk tontonan secara meluas. Promosi pon tak ada. Macam tak best jer kalau kita buat filem tapi tak leh nak bagitau orang pasal filem kita kan? Aku ada dengar tentang garis panduan perfileman dan sedikit 'politik' mengenai industri perfileman di Malaysia yang kurang best untuk didengar, agak-agak mungkin tu la sebab nya filem-filem kita selalu bersifat tipikal dan tak jauh beza sangat antara satu sama lain. Menurut seorang pengarah filem, "buat apa kita labur mahal-mahal untuk sebuah filem sedangkan kita tau yang pulangannya tidak akan setimpal". Penonton pulak yang dipersalahkan. Betul ke rakyat Malaysia tak akan sanggup membayar mahal untuk menonton filem sendiri? Mungkin ye kot.. mentaliti rakyat kita yang
memandang rendah filem-filem tempatan masih sukar dikikis. Hmmm.. aku baru je selesai menonton sebuah filem indie ni, Gadoh, directed by Brenda Danker and Namron. Sebuah filem yang mencerminkan suatu masalah di Malaysia yang amat jelas tetapi sering dikaburi pihak-pihak tertentu; perkauman. Aku tak pernah tau pon pasal filem ni dan tak pernah baca mengenainya di mana-mana surat khabar. Hanya terjumpa secara kebetulan waktu tengah online dan rasa nak sangat klik 'download'. Aku tak nak bagitau lebih lanjut pasal filem ni. Cukup lah aku bagitau yang aku tersangat kagum dengan jalan cerita dan watak dalam cerita ni. Namun, disebabkan filem ini berbajet rendah, tak usahlah bermimpi nak tengok adegan-adegan best sebab yang penting adalah mesej cerita yang ingin disampaikan. Pelakon-pelakonnya pon aku tak pernah tengok kecuali sorang dua. Oh ya, dan aku suka cara cik Azman dalam filem ni berfikir. Cool dan rileks je.. tak payah pening pasal dunia kini yang terlalu materialistik. Filem ini hanya sesuai untuk mereka-mereka yang berminat dengan genre 'berat' sebab ada bahasa-bahasa yang digunakan berbaur perkauman. Kepada yang nak tengok hanya untuk tujuan bersantai, pilihlah filem komedi lain. Kesimpulannya, filem Gadoh ni lebih bagus daripada mana-mana filem cintan-cintun atau lawak bodoh yang tak membawa apa-apa mesej. Sesiapa yang nak tengok boleh lah cuba search 'gadoh' kat youtube. Aku lupa dah link untuk download cerita ni. Peace!

Subscribe to:
Posts (Atom)